Minyak Cenuai Asli Pemanis Diri

 Minyak Cenuai Asli Dahulu kala di gunakan sebagai pakaian sama ada lelaki atau perempuan ketika hendak keluar rumah atau di dalam rumah bersama suami dan isteri sebagai langkah untuk pemanis diri dan wajah. 

 Dengan niat yang baik, bertujuan untuk mengeratkan hubungan suami isteri, menghadirkan rasa tenang dan selesa apabila berhadapan dengan individu yang di kenali atau tidak dikenali melalui penampilan yang harum dan wangi.

Cuba anda bayangkan jika tong sampah berselebahan dengan anda, bau busuk yang menusuk menyebabkan rasa tidak selesa dan tenang.

 Pengunaan minyak ini sebagai haruman dan pemanis diri sangat sesuai kerana bau yang terhasil dari haruman ini menyegarkan, menenangkan, dan rasa yang selesa.

Untuk mencapai misi ini, bahan yang di gunakan untuk menghasilkan Minyak Cenuai hendaklah bersih Dan tidak mengandungi bahan seperti tulang haiwan, tulang manusia, darah manusia, bangkai dan bahan lain yang menjijikan.

Selain itu, sebagus bagusnya bahan yang digunakan semuanya semula jadi ( tidak sintetik ) ciptaan Allah yang maha agung lagi maha besar.



Minyak Cenuai Asli 5 ML


Kandungan

Pati minyak Cenuai, pati kasturi kijang Himalaya, pati bunga cempaka, pati bunga sundal malam, pati bunga melur, pati bunga melati, pati cendana australia, kemenyan, myrhh, dan lain lain.


Kegunaan

Keyakinan Diri : Membantu menghilangkan rasa gugup (anxiety) ketika bertemu orang penting.

Pemanis Diri: Menyerlahkan seri wajah dan keterampilan.

Daya Penarik (Attraction): Berbau haruman semerbak dan tahan lama (Peratusan pati wangian tinggi).


Cara Pengunaan

Terdapat Dua cara untuk menggunakan minyak ini.


1. Dipakai Sebagai Minyak Wangi.

Bermula dengan membaca Bismillah Dan selawat 3 kali, calit pada nadi tangan dan ratakan pada bahagian nadi leher , pada bahagian atas badan berbaju atau tidak, kemudian di kedua kening. Kemudian berdoa pada Allah sesuatu yang baik, contoh Ya Allah berilah aku rezeki yang mewah, jodoh yang baik dan perlindungan yang ampuh.


2. Digunakan Sebagai Mandian.

Bahan dalam minyak Cenuai ini terdiri daripada pati bungaan asli yang tidak sintetik yang mengandungi berbagai jenis khasiat. 

Tadah air di dalam baldi atau besen, jika di dalam tandas bawa keluar dahulu baldi tersebut

Baca bismillah Dan selawat 3 kali, calit minyak di tapak tangan kanan dengan mengikuti garis pada tapak tangan, celub tangan didalam baldi yang telah di isi tadi baca bismillah Dan selawat 3 kali gaul arah lawan jam 7 pusingan.

Baca bismillah di luar tandas

Mandi di luar tandas dengan bertutup aurat jika mampu, jika tidak mandi di dalam tandas jangan dalam keadaan telanjang, sebagai contoh jika lelaki pakai kain pelikat atau seluar jubah, jika perempuan pakai kain batik.

Jika perlu mandi untuk bersihkan diri sebagai contoh baru pulang dari kerja, mandi bersihkan diri dahulu.

Selesai mandi keluar tandas dahulu jika didalam tandas, baca Bismillah doa dan niat kepada Allah, sebagai contoh, Ya Allah aku bermohon kesembuhan dari Allah, Ya Allah peliharakanlah diri ku, serikanlah diri ku dan wajah ku.

 Jangan lap kering air di badan selepas mandi, biarkan kering sendiri.

Waktu yang digalakkan adalah selepas asar, solat asar dahulu lepas tu mandi. 

Pada waktu lain pun boleh jika hendak melakukan mandian.


Cara Untuk Membeli

What's App 0133900600


Shopee

KLIK DISINI SHOPEE


Lazada

KLIK DISINI LAZADA




Al Hurrun Kasturi Kijang Syifa

 



Al Hurrun Kasturi Kijang Syifa

Minyak Kasturi Kijang Asli 100% Pati

Sesuai untuk lelaki dan perempuan sama ada dewasa atau kanak - kanak. 


Hadis Berkaitan Kasturi Kijang :

Wangian yang paling harum baunya adalah al-Misk (kasturi).

Riwayat Al-Tirmizi (991). Telah berkata Abu Isa al-Tirmizi bahawa hadith ini Hasan Sahih


Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menyebut mengenai wanita daripada Bani Israel yang mengisi cincinnya dengan kasturi dan kasturi adalah wangian yang sangat harum. (Riwayat Muslim (2252)


 “Sungguh bau mulut orang yang berpuasa di sisi ALLAH kelak pada hari kiamat lebih wangi daripada minyak kasturi.” (HR. Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa’i dan Ibnu Majah).


Dari 'Aisyah r.a, "Seorang wanita bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tentang cara mandi dari haid. Beliau lalu memerintahkan wanita itu bagaimana cara mandi. Beliau bersabda: "Ambillah sepotong kapas yang diberi kasturi lalu bersucilah." Wanita itu bertanya, "Bagaimana aku bersucinya? Beliau menjawab: "Bersucilah dengan kapas itu!" Wanita itu berkata lagi, "Bagaimana caranya aku bersuci?" Beliau bersabda: "Bersucilah dengan menggunakan kapas itu!" Wanita itu bertanya lagi, "Bagaimana caranya?" Maka Beliau berkata, "Subhaanallah. Bersucilah kamu!" Lalu aku menarik wanita itu kearahku, lalu aku katakan, "Kamu bersihkan sisa darahnya dengan kapas itu." (HR al-Bukhari)


Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah RA berkata: "Ya Rasullullah, dari apakah dibuat surga itu?" Jawab Nabi Muhammad SAW: "Dari air." Kami bertanya: "Beritakan tentang bangunan surga." Jawab Nabi SAW: "Satu bata dari emas dan satu bata dari perak, dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan yakut


”Ketika aku berjalan di dalam surga, aku berada di sungai yang kedua pinggirnya terbuat dari kubah yang terbuat dari mutiara cekung. Lalu aku bertanya, ‘Apa ini Jibril?’ Jibril menjawab, ‘Ini adalah al-kaustar yang diberikan kepadamu.’ Lalu malaikat memukul dengan tangannya, maka kulihat tanahnya adalah parfum dari minyak kasturi.” (HR Bukhari dan Ahmad)



Kasturi Asli Di Olah Sesuai Untuk Perubatan



✅ Semua jenis sihir
✅ Ganguan sihir perniagaan
✅ Ganguan saka
✅ Penyakit misteri
✅ Anxiety ( Hidu Bau )
✅ Emosi dan Mental terganggu atau tidak stabil ( Hidu Bau )
✅ Haid tidak berhenti
✅ Murung ( Hidu Bau )
✅ Rasukan jin
✅ Anak Kerap Nangis
✅ Ganguan Tidur
✅ Anak Degil Dan Nakal Keterlaluan 
✅ Pagar Rumah Dan Permis Perniagaan


( Campur Dengan Air Bersih Dan Mandi )

Ayat Al Quran Untuk Tujuan Pendinding Dan Kesembuhan (KLIK LINK)

Bedasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan islam terutama imam ibnu qayyim al jauziyyah R.A dan ahli - ahli perubatan islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:

1) Memberi kekuatan pada roh
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi merupakan sewangi - wangi dan sebaik - baik haruman sebagai sabda nabi SAW:
"Sebaik - baik wangian adalah minyak kasturi" (hadis riwayat Muslim)
2) Menenangkan jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihat otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan sesak nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8) Melegakan orang yang pengsan
9) Merperkuatkan organ luaran tubuh
10) Merperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Menawarkan racun atau bisa binatang
14) Membuang angin berlebihan dalam tubuh
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) Menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18) Mencegah wabak penyakit
19) Melanjutkan usia
20) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para   
       malaikat dan orang - orang soleh, dan  
       sebaliknya dapat mengusirkan syaitan  
       laknatullah dan kuncu - kuncunya

Menurut imam syafie R.A bahawa antara perkara yang dapat kuatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau - bauan yang harum ( seperti kasturi)

⭐⭐⭐Boleh beli di sini :🔽🔽🔽


Shopee

Ada campur bintil kijang original. 

Sesuai untuk ikhtiar merawat sihir, ikhtiar rawat penyakit ain, ikhtiar rawat saka,  rawat penyakit misteri, ikhtiar pendinding diri dan lain - lain.

Amalan dan usaha yang sangat di galakkan untuk medapat kesembuhan 

Cara Pakai :

👉 Baca bismillah dan selawat.
      Boleh tambah Al Fatihah dan 4  qul

👉 Roll skit di tapak tangan. Gosok kedua tapak tangan , selawat
👉 Sapu di kening, selawat
👉 Sapu di bahagian misai, selawat
👉 Sapu di belakang telinga, selawat,  dan
sapu depan telinga, selawat.
👉 Sapu di nadi leher selawat.
👉 Silang tangan di bahu tarik kebawah, selawat
👉 Boleh ambil bau kasturi di tangan dan telan liur
👉 Lepastu kalu nak tambah di bahagian hati, dada ( bahagian jantung), bahagian pusat dan celah - celah seperti pelipat tangan dan pelipat lutut,  dan di atas kepala ( minyak nipis sahaja (Kepala)).

👉 Berdoa minta Allah sembuhkan aku, usir jin dan syaitan menggangu dalam tubuh badan ku dan selamatkan diri ku.

✅ Boleh dibuat mandi

👉 Waktu yang di cadangkan adalah selepas asar. Ketika sakit pon boleh. Insyallah akan reda dan hilang.

👉 Sapu sikit di tapak tangan gaul ke dalam baldi yang telah berisi air mengikut arah lawan jam sebanyak 7 kali pusingan ( 3 kali boleh 5 kali pon boleh)

👉 Baca Al - fatihah dan 3 kul di luar pintu tandas sebelum mula.

👉 Selawat 3 kali sebelum mandi.

👉 Mulakan jirus air dari bahagian belakang badan.

👉Berdoa kepada Allah minta ya Allah sembuhkan aku, jauhi aku dari segala ganguan, selamatkan aku dan usir lah jin dan syaitan yang meggangu dalam badan ku. Sembuhkan aku dari penyakit ain.

✅ Pagar rumah / Permis perniagaan / Tanah

👉 Sapu sikit minyak kasturi di jari.

👉 Gaul dalam botol spray yang berisi air bersih ikut arah lawan jam sebanyak 7 pusing.

👉 Sembur ikut arah lawan jam di dinding rumah , permis perniagaan atau sempadan tanah sambil baca surah kursi berulang - ulang

👉 Doa Ya  Allah kalau ada ganguan Allah jauhkanlah dan hapuskanlah sepenuhnya. Ya Allah pagarlah rumah atau kedai ini

✅ Tambahan boleh di sapu pada bantal sebelum tido untuk masalah sukar tido

4 ML Sahaja

Tanda - Tanda Terdapat Gangguan Anda Kemungkinan Akan Mengalami Salah-Satu Simptom  Dibawah Atau Beberapa Apabila Menggunakan Kasturi Kijang Al Hurrun : 

➡️Muntah atau rasa ingin muntah

➡️Mengantuk

➡️Menangis atau rasa ingin menangis

➡️Menggigil atau rasa ingin menggigil

➡️Sendawa

➡️Rasa sedih atau takut tiba - tiba tanpa punca.

➡️Rasa sakit pada bahagian tubuh tertentu

➡️Rasa ada sesuatu memegang atau mencucuk tubuhnya

➡️Menggeletar atau rasa ingin menggeletar

➡️Menggigil atau rasa ingin menggigil

➡️Meronta-ronta atau rasa ingin meronta 

➡️Rasa ingin meracau

Jika Mengalami Simptom Seperti Meracau Atau Lain - Lain Teruk Sehingga Menggangu Kerja Atau Aktiviti. Baca Zikir Allah Dalam Hati Sebanyak Boleh Dan Niat Selamatkan Diri ku Ya Allah. 





⭐⭐⭐Boleh beli di sini :🔽🔽🔽

Shopee
Klik Di Sini





Minyak 7 Cenuai

 Digabungkan Bersama 7 jenis cenuai yang boleh tahancsukar diperolehi sebagai ikhtiar untuk menghasilann haruman yang semerbak harum.

Sesuai untuk mereka yang mengalami ganguan pemisah, pengasih, sihir pelaris , penyakit misteri dan lain - lain..

Sesuai juga untuk mereka yang mengalami masalah anxiety da murung, cara nya pakai di kening kedua mata.

Banyak yang bertanyakan saya jika kekasih lari dan kaitannya sihir pemisah atau pengasih, jawapannya, pertama sekali kita perlu yakin jodoh, rezeki dan ajal ketentuan Allah, kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan. Sihir tidak mampu menghalang Allah jika Allah hendak menjodohkah seseorang , menghidupkan seseorang, dan mengkayakan seseorang. 

Selepas Yakin dan percaya perkara diatas, isnya Allah iman kita terpelihara dari kepercayaan yang syirik dan bathil...

Jadi, minyak cenuai ini tidak bermasalah jika digunakan sebagai cara untuk menyelesaikan masalah berkaitan sihir pemisah, pelaris, pengasih kerana telah di dijampikan mengunakan ayat al- quran  dan zikir yang dari dulu lagi digunakan sebagai bacaan untuk menentang sihir dan saka, selain itu bacaan al Quran dan zikir juga dari dahulu lagi digunakan sebagai jampi pada penawar tertentu sebagai salah satu cara untuk menawarkan penyakit. Ayat al Quran itu sendiri ada penawar di dalamnya...  

Bacaan al Fatihah, ayat Kursi, surah al Falaq, surah Annas dan selawat biasa diamalkan sebagai usaha untuk mencari perlindungan dari Allah... Tapi ingat kita hanya merancang Allah yang menentukan, dan setiap yang Allah tetentukan itu ada hikmah nya...

 Seperti herbatus sauda yang terkenal dalam hadis sebagai penawar semua penyakit kecuali mati, bnyak juga yang menJampikan herbatus sauda ini dengan ayat al Quran sebagai rancangan untuk mencari kesembuhan dari Allah... 

Jadi, minyak cenuai yang telah lama terkenal sebagai pakaian untuk berjumpa orang, sesuai di jampikan ayat al Quran dan digunakan sebagai rancangan memperbaiki hubungan manusia dengan manusia ...

Haruman yang suci walaupun tanpa ruqyah sesuai dijadikan pakaian dan mebawa kesan positif kepada pemakainya, pemakainya akan kelihatan lebih menarik , mengoda, dan menyenangkan... Tidak seperti meraka yang tidak memakai haruman dan berbau busuk, orang kemungkinan tidak mahu mendekatinya malah menjauhkan diri darinya, mencemuh dan membencinya serta tidak mahu berkawan dengannya..



Minyak 7 Cenuai 2 Ml

RM 20.00 Belum Pos


Boleh hubungi 

0176249662 (Wan)


Shope Klik Link Di Bawah

Minyak 7 Cenuai

Sihir Gila

 Assalamualaikum, disini saya ingin menceritakan perihal sihir gila. Sihir gila ini memang wujud. 

Jin yang ditugaskan atau dihantar oleh ahli sihir untuk melakukan sihir gila akan menyerang pada bahagian otak . Jin ini akan cuba menggangu daya fikir, ingatan, atau cuba mengubah pekara lain pada bahagian otak. 

 Simptom Sihir gila

👉 Meracau - racau dan melolong.

👉 Mata terbeliak dan melilau

👉  Bingung dan pelupa

👉 Sasau dan hilang sedar

👉 Di boleh duduk tetap di suatu tempat

👉 Kerja banyak terbantut

👉 Memandang remeh sesuatu yang penting

👉 Tidur di tempat terasing

👉 Berjalan tiada tujuan

Klik Link Dibawah Untuk Usaha Merawat

Click Sini Ke Pautan Usaha Merawat

Sihir Menderita Sakit

 Assalamualaikum, disini saya ingin mengupas secara ringkas sihir mendrita sakit.

Sihir jenis ini, apabila menyerang, jin akan membuat markas pada bahagian otak yang merupakan pusat motor seseorang.

Dari otak lahirlah rangsangan yang akan mempengaruhi seseorang seperti apabila tangan tersentuh sesuatu yang tajam biasanya manusia akan mengalihkannya. 

Apabila seseorang diserang sihir ini, jin akan menggangu dari otak ke motor penglihatan, motor pendengaran, motor yang mempengaruhi pergerakan tangan dan kaki, motor rasa yang menghantar signal rasa manis, masam, panas dan sejuk.

Jin yang menganggu bertindak menyekat signal ke motor angota badan yang menyebabkan angota badan kejap berfungi dan kejap tidak berfungsi, tidak berfungsi terus dan membawa kesan seperti bisu, pekak, lumpuh, dan penglihatan menjadi kabur.

Jin sihir ini juga mungkin menggangu signal otak dengan cara mempercepatkan dan memperbanyakan signal pada satu masa mengakibatkan anggota badan kejang dan tidak bergerak.


Simptom Sihir Menderita Sakit

👉 Lumpuh salah satu angota badan

👉 Kerap terkena sakit sawan

👉 Lumpuh seluruh angota badan

👉 Lemah semangat untuk beraktiviti

👉 Salah satu angota badan kerap sakit dan sakitnya berpanjangan

Klik Link Di Bawah Untuk Usaha Merawat

Usaha Merawat

Sihir Bertujuan Memusnahkan Perkahwinan

 Assalamualaikum, disini saya ingin meceritakan topik sihir bertujuan memusnahkan perkahwinan. 

Sihir ini berlaku selalunya apabila seseorang yang dengki dan busuk hati, pergi ke tukang sihir dan mendapatkan khidmatnya supaya memusnahkan perkahwinan gadis tertentu yang bakal melangsungkan perkahwinan.

Sihir jenis ini biasanya memerlukan nama mangsa , nama ibu mangsa, dan sesuatu  yang mempunyai bau tubuh badan si mangsa.

Si tukang sihir kemudian akan memanggil jin dan mengarahkannya pergi ke mangsa untuk melakukan ganguan.

Jin tersebut akan pergi ke mangsa dan menunggu peluang untuk memasuki jasad mangsa.

Antara peluang yang dimanfaatkan jin untuk masuk ke tubuh mangsa adalah ketika mangsa sedang marah yang melampau, mangsa sedang ketakutan, nafsu shahwat mangsa berada di kemuncak dan mangsa pada keadaan lupa.

Cara jin ini bertindak dengan memupuk seorang wanita berasa benci untuk kahwin dan menolak pinangan. Jika tidak berpeluang pada wanita jin ini akan menyihir dengan memukau lelaki sehingga melihat wanita yang menjadi mangsa berupa parad hodoh, dan memupuk rasa was - was pada lelaki itu. 

Jika ditakdirkan berjaya, lelaki akan membatalkan hasrat meminang mangsa, dan jika sudah bertunang lelaki tersebut mungkin memutuskannya.

Sihir jenis ini juga ada yang menggangu lelaki ketika datang ke rumah hendak megikat pertunangan dengan memupuk rasa rimas, serabut , dan hilang arah. Sehingga membuatkan lelaki itu tidak mahu lagi kerumah wanita tersebut.


Ganguan jenis ini ada beberapa simptom :


👉 Berasa sesak nafas pada waktu lepas asar.

👉 Kerap merasa runsing 

👉 Resah gelisah ketika hendak tidur

👉 Sakit pada bahgian belakang 

👉 Kerap pening kepala dan berlarutan

👉 Sakit di dalam perut berterusan

👉 Bakal tunang tiba - tiba nampak hodoh


Usaha - usaha untuk mempertahankan diri .

1. Jika lelaki, kalau sebelum ini solat di rumah sendirian, boleh tukar menunaikan solat di tempat Azan dilaungkan ( surau atau masjid ). Harimau jika nak terkam kambing dia akan buru kambing yang tidak di dalam kumpulan

2. Amalkan membaca Ayat Kursi, Al Falaq Dan An Nas selepas solat fardhu. Dan sebelum tidur.

3. Hafal Dan Amalkan setiap hari Ayat Al Baqarah 285 - 286. Istiqamah setiap hari.

4. Bangun malam solat tahajud insya Allah bebas dari dari pengaruh sihir. 

5. Jangan biarkan diri dalam keadaan terlalu leka dengan dunia, jangan lupa solat fardhu. Lagi bagus setiap hari baca Al Quran, baca sekali terjemahan, insya Allah tak berada dalam keadaan Lupa.

6. Hanya Berharap pada Allah, jangan berharap pada mahluk

7. Minta pertolangan pada Allah semata mata, cuba usaha yang termampu sunguh sunguh jaga yang wajib, amal zikir, solat hajat. Isnya Allah.

8. Amalkan Sunnah nabi dalam kehidupan seharian.

9. Masuk keluar tandas kena adab yang betul, masuk kaki kiri keluar kaki kanan.

10. Jangan mandi telanjang bulat.

11. Yakin Allah sahaja berkuasa mahluk tiada kuasa.

Jangan putus asa dengan rahmat Allah, Allah sayangkan hambanya, jangan salahkan takdir, Allah menguji hambanya dengan ujian yang sesuai, Allah uji kerana Allah sayang, jodoh Allah yang tentukan, Allah ciptakan sesuatu ada sebabnya, segala yang berlaku ada hikmahmya.

Berperasangka baik pada Allah, Redha Ketentuan Allah, Insya Allah hati lapang dan tenang sentiasa.


Minyak Kasturi Cenuai

  Assalamualaikum, disini saya ceritakan perihal minyak cenuai yang merupakan salah satu pakaian popular zaman sekarang.

Tedapat banyak jenis cenuai yang wujud diciptakan Allah sebagai tumbuhan yang mempunyai khasiat tersendiri baik pun luaran atau dalaman manusia.

Antara jenis cenuai yang popular adalah, cenuai raja, cenuai emas, cenuai bunian hitam, cenuai bunian putih, cenuai rambut, akar cenuai emas, cenuai merah, cenuai bertap, cenuai pangan dan cenuai bunga. 

Selain itu ada juga cenuai lain seperti, cenuai raja lekat batu, cenuai bara, cenuai air emas, cenuai air merah, cenuai air coklat, cenuai air putih, cenuai air hitam, cenuai laut, cenuai akar merah songsang dan lain.

Kesemua jenis cenuai ini ada yang boleh digunakan juga dalam pembuatan minyak urut, penawar luka dalaman dan luaran.

Cenuai - cenuai ini juga boleh dibuat sebagai haruman atau minyak wangi sebagai pakaian yang sesuai ketika berjumpa dengan orang, solat, belajar, berunding, benrikah, melamar, menghadiri majlis dan sebagainya.

Haruman yang terhasil dari pengolahan minyak cenuai berbau harum semerbak, wangi, tenang, dan segar

Harga minyak cenuai bergantung kepada apa jenis cenuai yang digunakan, ada cenuai yang langka lebih mahal harganya dari cenuai yang lebih kurang langka.

Cenuai yang berharga mahal serperti cenuai emas, cenuai raja, cenuai merah, cenuai bunian putih, cenuai bunia hitam, cenuai air emas, dan cenuai emas darat. Ini kerana permintaan yang tinggi dan bekalan yang terhad.

Minyak wangi cenuai diolah biasanya bersama kasturi kijang asli, ambergris, civet musk, dan castoreum untuk menghasilkan minyak wangi yang harum dan berkualiti tinggi. Sesuai untuk tujuan memikat, menarik, memancing, dan menggoda.

Haruman cenuai disini di olah dengan mengunakan kasturi himalaya dimana jenis kasturi ini mahal harganya kerana permintaan yang tinggi di sebabkan baunya yang harum dan tahan lama. 


Contoh Haruman Cenuai Yang Di Jual di sini




Minyak Cenuai Emas 5ML


Kesemua minyak cenuai ini patinya sudah diperam selama lebih 6 bulan bertujuan untuk mendapatkan kadar maksimum penyerapan khasiat cenuai kedalam minyak.

Minyak cenuai disini juga sudah diruqyahkan dan di doakan untuk merasai kesan maksimum.


Penggunaan Haruman Kasturi Cenuai

✅ Menenangkan Minda

✅ Menyegarkan Roh

✅ Bau Yang Harum Tidak Disukai Syaitan (Syaitan suka tempat yang busuk seperti lubang pusat yang tidak basuh ketika mandi)

✅ Sesuai untuk tujuan memikat

✅ Sesuai untuk masalah sihir

✅ Sesuai untuk masalah murung, anxiety dan mental ( Dengan menghidu bau haruman kasturi cenuai )

✅ Ganguan sihir pemisah

✅ Ganguan sihir perniagaan 

✅ Masalah Panas Baran

✅ Lemah Semangat

✅ Selalu Berdebar

✅ Muka Kusam Tidak Bermaya

✅ Masalah Curang

✅ Anak Degil Tak Mau Dengar Nasihat yang menepati syariah.

✅ Mencari Kawan

✅  Seri Wajah


✨✨Amaran✨✨

👉 Sesuatu yang berlaku atas izin Allah sahaja, mahluk tiada kuasa Allah sahaja yang berkuasa

👉 Cari Allah dahulu baru cari penawar

👉 Allah Menciptakan kalian dan apa yang kalian perbuat. ( QS.ash-shaffat [37]:96 )

👉 Kamu sekali - sekali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.( QS. Al-Mulk [67]: 3 )

👉 Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi serta apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah; (QS. Shad [38]: 27)

👉" Dan jangan sekali - kali kamu mengatakan terhadap sesuatu, 'Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut), 'Insya Allah'. " (QS. al- Kahfi [18]: 23-24)

👉 " Kalian tidak mampu ( menempuh jalan itu ), kecuali bila Allah menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui  lagi Maha Bijaksana. " (QS al-Insan [76]: 30)

👉 Kebaikan atau keburukan yang ada di dunia terjadi atas kehendak Allah. Seseorang tidak akan melakukan apa pun sebelum Allah melakukannya, setiap orang pasti memerlukan Allah dan kita tidak mungkin dapat keluar dari pengetahuannya. Tidak ada pencipta kecuali Allah.

👉 " Katakanlah ( Muhammad ), ' Aku tidak kuasa mendatangkan manfaat ataupun menolak mudarat  bagi diriku, kecuali apa yang dikehendaki Allah." (QS. al-A'raf [7]: 188)


Cara Pakai Minyak Cenuai

👉 Cukup dengan satu semburan di tapak tangan dan rata dengan mencamtumkan tapak tangan. Semburan dimulakan dengan bacaan Bismillah, ratakan sambil menbaca selawat dalam bilangan ganjil.

👉 Baca bismillah dan sapukan di kedua kening, dinadi laher, dan ratakan pada pakaian sambil berselawat. Boleh juga disapukan pada muka.

👉 Berdoa kepada Allah : 



🌟🌟🌟SHOPEE :🌟🌟

https://s.shopee.com.my/A9wBgT0CIe

⭐⭐⭐LAZADA⭐⭐⭐

https://s.lazada.com.my/s.R3KOj

💚💚💚 WHATSAPP 💚💚💚

https://wa.me/message/QQKTSPSRPIHNI1

Amalan dan usaha yang sesuai untuk merawat dengan berkesan

Untuk merawat perlukan usaha untuk mengecap kesembuhan. Bukan bergantung pada perawat dan bahan rawatan. Amalan yang boleh di amalkan untuk ...

Post Paling Popular