Memaparkan catatan dengan label Ilmu Membersihkan Diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ilmu Membersihkan Diri. Papar semua catatan

Syukur

Dalam Kitab Al Quran Allah Bersabda :

Surah Ali 'Imran : 145

....dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang -orang yan bersyukur.

Surah an - Nisaa': 147

Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan ni'matNya) serta kamu beriman (kepadaNya) ?

Surah al - Baqarah: 152

"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan  ; dan beesyukurlah kamu kepadaKu dan janganlahkamu kufur (aka.n ni'matku)

Surah al - A'raaf:17

...dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.

Surah Saba': 13

...dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur."


Hadis Rasulullah S.A.W bersabda, 

" Orang - orang makan yang bersyukur adalah seperti orang - orang berpuasa yang bersabar."


Taat Dan Cinta Kepada Allah Dan Rasulullah

Allah S.W.T Berfirman :

" Wahai orang - orang yang beriman, 
(untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak - banyaknya; 

Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.

(Surah al-Ahzaab: 41-42)."

Allah S.W.T Berfirman ketika Nabi Muhammad S.A.W melakukan mikraj, 

" Wahai Ahmad , jika engkau ingin menjadi orang paling warak, zuhudlah di dunia dan cintailah akhirat."

Nabi Muhammad S.A.W Bersabda :

"Barang siapa menghidupkan sunnahku, ia telah mencintaiku. Barang siapa yang mencintaiky, pada hari kiamat ia bersamaku di syurga.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :

" Barang siapa yang mengabaikan sunnahku, haram baginya syafaatku."

Nabi Muhammad S.A.W :

" Semua umatku masuk syurga kecuali orang yang tidak menginginkannya."

Ahmad al-Hawari rahimullah :

" Perbuatan yang tidak mengikuti sunnah adalah batil.


Sufyan berkata :

" Siapa yang cinta orang yang mencintai Allah S.W.T. bermakna dia mencintai Allah S.W.T. Sesiap yang memuliakan orang yang memuliakan Allah S.W.T bermakna dia memuliakan Allah.

Sahal Berkata :

" Tanda cinta kepada Allah S.W.T ialah cinta kepada al-Quran. Tanda cinta kepada Allah S.W.T dan al - Quran ialah cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W. Tanda Cinta Kepada Nabi Muhammad S.A.W ialah cinta kepada sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Tanda cinta kepada sunnah Nabi Muhammad S.A.W ialah cinta kepada akhirat. Tanda cinta kepada Akhirat ialah dengan benci kepada keduniaan. Tanda membenci keduniaan adalah tidak mengambilnya kecuali sebagai bekal dan perantara menuju akhirat."




Sinopsis Ringkas Menyucikan Jiwa

1.Takut kepada Allah
5. Syukur
6. Khusyuk Dalam Solat
7. Tafakur
8. Berzikir Kepada Allah
9. Zakat
10. Amar Makruf Nahi Munkar
11. Jihad
12. Amanat



Wuduk

Dari Abu Umamah dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, 

' Barangsiapayang berbaring di atas kasurnya dalam keadaan suci, dan dia senantiasa berdzikir kepada Allah hingga rasa kantuk menyerangnya. Dan dia tidak berbalik oada malam itu memohon kebaikan dunia dan akhirat, melainkan Allah akan mengabulkannya'.

Dari Abdullah bin Abbas bahwa Rasulullah bersabda , 

"Bersihkanlah tubuh kalian, nisca Allah akan membersihkan kalian. Kerana tidaklah seorang hamba bermalam dalam keadaan suci , melainkan malaikat ikut bermalam dengannya pada pakiannya  Dan tidaklah dia berbalik pada malam itu, melainkan malaikat berkata, ' Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini, kerana dia bermalam dalam keadaan suci'.

Silaturahim

Allah Berfirman :

(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbangkan  dan dikhuatirkan jika kamu dapat memegang kuasa kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memustuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat? (Orang- orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.

Surah Muhammad : 22-23

Taubat

Firman Allah S.W.T

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang - orang yang banyak bertaubat,  dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. 
(Surah al-Baqarah: 222)


" ...dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah an-Nur: 31)

Perintah di atas sifatnya umum

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha",
(Surah at-Tahrim: 8)

Nasuha Maksudnya ialah ikhlas kerana Allah 

Dalam Hadis, Rasulullah bersabda, "Orang yang bertaubat ialah kekasih Allah. Orang yang bertaubat daripada dosa adalah seperti orang yang tidak berdosa."


Takut Kepada Allah

Rasulullah S.A.W bersabda , 

" Apabila tubuh hamba menggigil kerana takut kepada Allah, dosa-dosanya berguguran seperti daun-daun berguguran dari pohonnya."

Firman Allah S.W.T :

" Mereka takut kepada tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serts mereka mengerjakan apa yang diperintahkan. (Surah an-Nahl: 50)

Diriwayatkab bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda, "Allah S.W.T berfiman :
Tidak berkumpul pada hamba-Ku di dunia, Aku akan memberikan keamaan kepadanya di akhirat. Sebaliknya, barang siapa yang merasa aman kepada-ku di dunia , Aku akan memberi rasa takut kepadanya pada hari kiamat."

Allah S.W.T berfirman :

" Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu);
(Surah Al-Maa'idah:44)


" Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku (jangan cuaikan perintah-Ku), jika betul kamu orang-orang yang beriman.
(Surah Ali 'Imaran:175)


"Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat bertelut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serts dikatakan kepada mereka).
(Surah Al-Jaathiyah: 28)

Maka( dapatlah masing - masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata - mata, Maka sesungguhnya neraka Jahiimlah tempat kediamannya. Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, Maka sesungguhnya Syurgalah tempa kediamannya.
(Surah an-Naazi'aat : 37 - 42)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

"Tidak akan masuk neraka orang yang menangis kerana takut kepada Allah hingga air susu kembali pada buah dadanya."

Doa Rasulullah :

"Ya Allah, anugerahilah aku dengan mata yang menangis kerana takut kepada-Mu."

Amalan dan usaha yang sesuai untuk merawat dengan berkesan

Untuk merawat perlukan usaha untuk mengecap kesembuhan. Bukan bergantung pada perawat dan bahan rawatan. Amalan yang boleh di amalkan untuk ...

Post Paling Popular