Sihir Bertujuan Memusnahkan Perkahwinan

 Assalamualaikum, disini saya ingin meceritakan topik sihir bertujuan memusnahkan perkahwinan. 

Sihir ini berlaku selalunya apabila seseorang yang dengki dan busuk hati, pergi ke tukang sihir dan mendapatkan khidmatnya supaya memusnahkan perkahwinan gadis tertentu yang bakal melangsungkan perkahwinan.

Sihir jenis ini biasanya memerlukan nama mangsa , nama ibu mangsa, dan sesuatu  yang mempunyai bau tubuh badan si mangsa.

Si tukang sihir kemudian akan memanggil jin dan mengarahkannya pergi ke mangsa untuk melakukan ganguan.

Jin tersebut akan pergi ke mangsa dan menunggu peluang untuk memasuki jasad mangsa.

Antara peluang yang dimanfaatkan jin untuk masuk ke tubuh mangsa adalah ketika mangsa sedang marah yang melampau, mangsa sedang ketakutan, nafsu shahwat mangsa berada di kemuncak dan mangsa pada keadaan lupa.

Cara jin ini bertindak dengan memupuk seorang wanita berasa benci untuk kahwin dan menolak pinangan. Jika tidak berpeluang pada wanita jin ini akan menyihir dengan memukau lelaki sehingga melihat wanita yang menjadi mangsa berupa parad hodoh, dan memupuk rasa was - was pada lelaki itu. 

Jika ditakdirkan berjaya, lelaki akan membatalkan hasrat meminang mangsa, dan jika sudah bertunang lelaki tersebut mungkin memutuskannya.

Sihir jenis ini juga ada yang menggangu lelaki ketika datang ke rumah hendak megikat pertunangan dengan memupuk rasa rimas, serabut , dan hilang arah. Sehingga membuatkan lelaki itu tidak mahu lagi kerumah wanita tersebut.


Ganguan jenis ini ada beberapa simptom :


👉 Berasa sesak nafas pada waktu lepas asar.

👉 Kerap merasa runsing 

👉 Resah gelisah ketika hendak tidur

👉 Sakit pada bahgian belakang 

👉 Kerap pening kepala dan berlarutan

👉 Sakit di dalam perut berterusan

👉 Bakal tunang tiba - tiba nampak hodoh


Usaha - usaha untuk mempertahankan diri .

1. Jika lelaki, kalau sebelum ini solat di rumah sendirian, boleh tukar menunaikan solat di tempat Azan dilaungkan ( surau atau masjid ). Harimau jika nak terkam kambing dia akan buru kambing yang tidak di dalam kumpulan

2. Amalkan membaca Ayat Kursi, Al Falaq Dan An Nas selepas solat fardhu. Dan sebelum tidur.

3. Hafal Dan Amalkan setiap hari Ayat Al Baqarah 285 - 286. Istiqamah setiap hari.

4. Bangun malam solat tahajud insya Allah bebas dari dari pengaruh sihir. 

5. Jangan biarkan diri dalam keadaan terlalu leka dengan dunia, jangan lupa solat fardhu. Lagi bagus setiap hari baca Al Quran, baca sekali terjemahan, insya Allah tak berada dalam keadaan Lupa.

6. Hanya Berharap pada Allah, jangan berharap pada mahluk

7. Minta pertolangan pada Allah semata mata, cuba usaha yang termampu sunguh sunguh jaga yang wajib, amal zikir, solat hajat. Isnya Allah.

8. Amalkan Sunnah nabi dalam kehidupan seharian.

9. Masuk keluar tandas kena adab yang betul, masuk kaki kiri keluar kaki kanan.

10. Jangan mandi telanjang bulat.

11. Yakin Allah sahaja berkuasa mahluk tiada kuasa.

Jangan putus asa dengan rahmat Allah, Allah sayangkan hambanya, jangan salahkan takdir, Allah menguji hambanya dengan ujian yang sesuai, Allah uji kerana Allah sayang, jodoh Allah yang tentukan, Allah ciptakan sesuatu ada sebabnya, segala yang berlaku ada hikmahmya.

Berperasangka baik pada Allah, Redha Ketentuan Allah, Insya Allah hati lapang dan tenang sentiasa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Amalan dan usaha yang sesuai untuk merawat dengan berkesan

Untuk merawat perlukan usaha untuk mengecap kesembuhan. Bukan bergantung pada perawat dan bahan rawatan. Amalan yang boleh di amalkan untuk ...

Post Paling Popular