Perubatan Alternative

 Assalamualaikum,

  Saya mulakan dengan mengapa saya menggelar perubatan ini perubatan alternative, kerana apabila belajar rawatan Islam tiada pun dalil al Quran dan hadis, mencadangkan menggunakan bahan rawatan ini digunakan dalam perubatan untuk membuang sihir, saka, ganguan jin dan rasukan jin.

Bahan rawatan seperti ini diperbolehkan dengan syarat  tidak bercampur dengan sihir dan unsur syirik. 

Kebiasaannya bahan rawatan ini hendaklah diruqyah dahulu barulah digunakan.


Bahan rawatan ini biasa digunakan di negeri - negeri tertentu.

Jadi saya mulakan dengan bahan teras kayu seperti,

1. Kemunting Hitam, biasanya dicampur dalam minyak wangi, minyak saraf dan air. Sesuai untuk orang yang ads masalah kulit. Boleh digunakan untuk bahan rawatan untuk mengubat sihir yang kesannya merosakan kulit, lumpuh, dan menggangu saraf.

2. Raja Kayu, biasanya campur dalam minyak wangi, dibuat minyak urut dan dimasak bersama minyak zaitun. Sesuai untuk lenguh - lenguh, sakit pinggang. Sesuai untuk mengubat sihir yang kesannya lumpuh dan pada kulit.

3. Teras Gemunggal, biasanya di campur dalam minyak wangi, dicampur dalam minyak zaitun dan di buat minyak saraf. Berkesan menawarkan racun dan bisa serta gigitan bintang buas seperti ular dan lain - lain. 

Dan seterus Bahan yang di buat makan :

4. Ikan keli, biasanya di buat masak dan dimakan. Boleh digunakan sebagai bahan untuk mengubat masalah seperti sihir yang disiram atau di tanam.

5. Labu kuning, di masak dan dimakan. Sesuai untuk bahan rawatan mengubat sihir yang dimakan atau diminum

6. Burung Merpati, di sembelih berpandukan Islam, di masak dan di makan. Sesuai untuk bahan rawatan mengubat sihir pengasih atau pemisah.

Dan Akhirnya bahan Yang Di tabur atau dicampur dalam air untuk dibuat mandian :

 7. Lada Hitam, Ditabur, atau dibuat mandi atau di masak. Sesuai untuk bahan dalam memagar kawasan dan ganguan bercirikan kebinatangan.

8. Limau, dicampurkan bersama air dan di buat mandian.

9. Garam, ini kalau kaedah mencubit dan kunya ada dalam hadis nabi untuk mengelak penyakit gila, tapi kalau mandi dan tabur tiada, sesuai untuk ganguan bercirikan kebinatangan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al Hurrun Kasturi Syifa

Minyak Kasturi Kijang Asli 100% Pati Sesuai untuk lelaki dan perempuan sama ada dewasa atau kanak - kanak. Botol besar ada cop halal. Minyak...

Post Paling Popular