Amalan dan usaha yang sesuai untuk merawat dengan berkesan

Untuk merawat perlukan usaha untuk mengecap kesembuhan. Bukan bergantung pada perawat dan bahan rawatan. Amalan yang boleh di amalkan untuk merawat diri selepas mendapat rawatan atau ketika menggunakan bahan rawatan atau terus merawat diri sendiri tanpa menjumpai perawat :

1. Amalkan :

لا إله إلا ا لله وحده لا شريك له،له الملك وله الحمد وهو علي كل شيء قدير

selepas solat subuh x 100

3. Baca alquran selepas subuh

2. Mengisi pagi dengan tasbih tahmid dan takbir 

3. Mendengar rakaman ayat kursi atau ruqyah, surah Al Jinn , surah Al Baqarah berulang kali.

4. Istighfar x70 ke atas kali setiap hari

Dari Abu Hurairah RA beliau berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Demi Allah, sesunguhnya aku beristighfar (memohon ampun) kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya lebih dari tujuh puluh kali dalam sehari." (Hadits Riwayat al-Bukhari)

Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah dan beristighfarlah (memohon) ampun kepada-Nya, Karena sesungguhnya aku bertaubat sebanyak seratus kali dalam satu hari."

5. Selawat setiap hari selepas solat dan ketika lapang

6. Solat sunat rawatib

7. Solat hajat

8. Berdoa kepada Allah pohon pertolongan, perlindungan, kesembuhan setiap hari selepas solat.

9. Mengamalkan ayat kursi setiap hari

10. Menjaga solat jemaah

11. Banyakkan zikir :

                لاحول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

12. Selalu dalam keadaan berwuduk dan membaca Ayat kursi sebelum tidur

13. Mengamalkan membaca Basmalah sebelum memulakan aktiviti.

14. Qiyamullai (Solat tahajjud)

❗Kemungkinan akan rasa sakit sedikit apabila mengamatlkan secara istiqamah pada hari ke 14 keatas, terus amalkan insyallah sakit surut akan pada hari ke 25 ketas.
 
Kalau tidak menjadi dalam masa lama atau banyak pergi berubat boleh cuba amalkan

1.  Banyak kali setiap hari membaca :

                                 لا إله إلا الله

2.  Zikir Zunnun :

           لا إله إلا انت سبحنك إني كنت من ٱ لظلمين

(sebanyak yang boleh selama 40 hari )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al Hurrun Kasturi Syifa

Minyak Kasturi Kijang Asli 100% Pati Sesuai untuk lelaki dan perempuan sama ada dewasa atau kanak - kanak. Botol besar ada cop halal. Minyak...

Post Paling Popular