Rawatan sihir, saka, penyakit al ain, penyakit misteri, ganguan jin dan syaitan dan lain - lain dengan menggunakan kaedah patuh syariah. Imam Syafi'i berkata : "Barangsiapa yang mengaku boleh melihat jin ( dalam bentuk aslinya ), kami anggap persaksiannya tidak diterima lagi, kecuali kalau dia seorang nabi."
Hadis Berkaitan Jenis Jin , Tempat Tinggal Jin dan Tanduk syaitan
Pengertian Sihir Dari Segi Bahasa
Hadis berkaitan kewujudan sihir
Hadis berkaitan kewujudan sihir :
Abi Musa al Asya'ariy r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
لا ىد خل الجنة مدمن خمر ولا مؤمن بسحر ولا قاطع رحم
Ertinya: " Tidak akan masuk syurga bagi penggemar arak (kaki botol), atau sesiapa yang menyakini keberkesanan sihir, termasuklah juga sesiapa yang memutuskan hubungan sillatur rahim".
Hadits tersebut bermaksud, tiga golongan yang telah disebutkan itu tidak akan masuk syurga melainkan setelah menerima azab siksa dari Allah S.W.T. dalam neraka selama beberapa waktu yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. disebabkan kemaksiatan dan dosa mereka.
Dari hadis di atas dapatlah difahamkan bahawa Nabi S.A.W. telah melarang umatnya beritikad (mempercayai) hanya sihir itu sahajalah yang berkuasa dan mampu bertindak memberi kesan negetif atau positif ke atas seseorang. Sebaliknya kepercayaa yang sebenar ialah sihir atau lain-lainya tidak berkesan melainkan dengan izin Allah S.W.T.
FirmanNya:
Ertinya: " Sebenarnya mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seseorang pun kecuali dengan izin Allah ".
Al Baqarah 102.
Hadis mengenai kuwujudan jin dan syaitan
Hadis - Hadis mengenai kewujudan jin dan syaitan :
A'isyah r.a. telah berkata:
" Rasulullah S.A.W. pernah bersabda :
Ertinya: " Para Malaikat dijadikan dari cahaya, para jin pula dijadikan dari nyalaan api manakala Adam pula dijadikan dengan apa yang telah disifatkan kepada kalian semua". Hadis riwayat Imam Ahmad dan Muslim.
Sofiyyah binti Huyyai r.a. telah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: "Sesungguhnya syaitan (termaksuklah jin) itu boleh bergerak di dalam tubuh anak - anak Adam (sealiran perjalanan) darah dalam urat- uratnya".
Hadis riwayat al Bukhari dan Muslim.
Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. Telah bersabda:
Ertinya: " Tidak ada seorang pun dari bayi yang lahir melainkan pasti akan dicucuk-cucuk oleh syaitan, sehingga menyebabkan bayi tersebut menangis-nagis (sakit) akibat cucukan syaitan tersebut, cuma anak Maryam (Isa) dan ibunya sahaja yang tidak dapat dicucuk".
Hadis riwayat al Bukhari dan Muslim.
Abi Qatadah r.a. juga pernah memceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
Ertinya: "Mimpi yang baik adalah (pemberian) dari Allah, manakala mimpi yang buruk datangnya dari syaitan. Oleh itu sesiapa yang bermimpi sesuatu yang menggerunkan (yang di benci), maka hendaklah meludah-ludah ke sebelah kirinya sebanyak tiga kali dan seterusnya hendaklah dia membaca ta'wuz ('A'uzubillah...), kerana sesungguhnya dengan berta'awwuz itu nescaya dia tidak akan ditimpa apa-apa mudarat ".
Hadis riwayat al Bukhari dan Muslim.
Pengertian sihir dari segi syarak dan takrif tepat tentang sihir
Pengertian sihir dari segi syarak:
Ibnul Qayyum berpendapat :
"Sihir itu adalah suatu pemujaan terhadap roh - roh jahat di samping mengharapkan kesaktian istimewa darinya".
Menurut Ibnu Qudamah al Muqaddisiy:
" Sihir adalah jampi, pratik memuja, sebutan tertentu yang disebut ketika memuja, tulisan atau pekerjaan terpilih dilakukan sengaja semata - mata untuk mempengaruhi secara tidak perlu menyentuh kepada badan, mental dan hati si mangsa.
Hal ini betul - betul berlaku. Bahana sihir tersebut, sebilangan ada yang mengalami kematian, disebabkannya ada juga ada yang derita sakit dan terdapat pula para suami menderita batin akibat terikat keinginan seks untuk menggauli isterinya, berfungsi menghancurkan kedamaian hidup pasangan suami isteri ( cerai ) atau mencetuskan kebencian di antara satu sama lain. Dan adakalanya berfungsi mencetuskan rasa kasih di antara dua manusia".
Al-Azhari
Erti sihir ialah memesongkan sesuatu dari hakikat yang haq kepada selainnya.
Takrif Tepat Tentang Sihir
Sihir ialah hasil dari persepakatan di antara tukang sihir dan syaitan yang di rejam di mana tukang sihir perlu melakukan syarat seperti perbuatan yang haram dan syirik dan ketaatan kepada syaitan untuk mendapatkan bantuan yang di kehendaki.
Dalil - dalil kewujudan sihir
Dalil - Dalil Kewujudan Sihir !!!
Firman Allah S.W.T :
" Dan mereka mengikuti apa ( yang dibacakan oleh syaitan - syaitan) pada masa kerajaan Sulaiman ( dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan - syaitan itulah sebenarnya yang kafir ( mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia apa yang diturunkan kepada dua orang Malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seseorang pun sebelum mengatakan: 'Sesungguhnya kami hanyalah cobaan (bagimu) sebab itu janganlah kamu kafir'. Maka mereka mempelajari (ilmu) sihir dari kedua orang malaikat tersebut, (dan dengan sihir tersebut) mereka dapat menceraikan di antara seseorang suami dengan isterinya. Sebenarnya mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seseorang pun kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manafaat. Demi sesungguhnya mereka telah menyakini bahawa barangsiapa yang memukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan menjual dirinya dengan sihir kalau mereka mengetahui".
Al Baqarah ayat 102.
" Musa berkata: 'Apakah kamu mengatakan terhadap kebenaran waktu ia datang kepadamu, sihir ini? padahal ahli - ahli sihir itu (sendiri) tidaklah mendapat kemenangan?' "Yunus : 77.
" Maka setelah mereka melemparkan (sihirnya). Musa pun berkata: 'Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidakbenarannya'. Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang - orang yang membuat kerosakan. Dan Allah akan mengukuhkan yang benar dengan ketetapaNya, walaupun orang - orang yang berbuat dosa tidak menyukainya". Yunus: 81 - 82
" Maka Musa berasa takut dalam hatinya. Kami berkata: ' Janganlah kamu takut, sesungguhnya kamulah yang paling unggul (menang). Dan lemparkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia akan menelan apa yang mereka perbuat. Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir ( belaka ). Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana sahaja ia datang'".
Toha : 67 - 69
" Katakanlah: " Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai Fajar. Dari kejahatan makhluknya. Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita. Dan dari kejahatan wanita - wanita tukang sihir yang meniup pada ruas - ruas (tali). Dan dari kejahatan orang dengki apabila dia dengki". Al Falaq: 1-5.
Dalil - dalil kewujudan jin dan syaitan
Dalil - Dalil kewujudan jin dan syaitan !!!
Firman Allah S.W.T :
" Dan (ingatlah) ketika Kami hadapan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan al Quran". Al Ahqaaf: 29
" Wahai golongan jin dan manusia semua! Bukankah telah datang kepada kalian beberapa orang rasul dari ( jenis ) kalian sendiri, yang menceritakan kepada kamu tentang ayat - ayat Kami di samping memperingatkan kamu semua tentang pertemuan hari ( kiamat ) ini ?".
Al An'aam : 130.
" Wahai golongan jin dan manusia! Sekiranya kamu mampu menjangkau keluar dari dari pepenjuru langit dan bumi, cubalah kalian tembusinya. Kalian tidak akan mampu membolosinya melainkan dengan kekuatan " Ar Rahman: 33.
" Katakanlah (Wahai Muhammad) : "Telah diwahyukan kepadaku bahawasanya sekumpulan jin telah mendengarkan (al Quran) lalu mereka berkata: 'Sesungguhnya kami telah mendengar al Quran yang menakjubkan' " .
Al Jin: 1
" Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki dari kalangan manusia beelindung dengan beberapa orang lelaki (dari puak) jin, lalu (puak-puak jin itu) telah menambahkan lagi ketakutan kepada mereka". Al Jin : 6
"Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dana kebencian di antara kamu lantaran (meminum) arak dan berjudi di samping menghalangi kamu dari mengingati Allah dan solat, maka berhentilah kamu dari ( mengerjakan perkerjaan itu )".
Al Maaidah: 91
"Wahai orang - orang yang beriman! Janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan, kerana barangsiapa mengikuti jejak langkah syaitan maka sesungguhnya syaitan itu (sememangnya) menyuruh manusia mengerjakan perbuatan keji dan yang mungkar" An Nuur: 21
Amalan dan usaha yang sesuai untuk merawat dengan berkesan
Untuk merawat perlukan usaha untuk mengecap kesembuhan. Bukan bergantung pada perawat dan bahan rawatan. Amalan yang boleh di amalkan untuk ...
Post Paling Popular
-
Jenis Ibadah Ada Empat : 1. Ibadah badaniyah - Solat, Puasa, Sujud, Haj, Tawwaf dan lain - lain 2. Ibadah Harta - Zakat, Nazar, Sedekah, Ko...
-
Cenuai dan Akar Cenuai di gunakan dalam perubatan tradisional. Minyak cenuai biasanya di adun dengan beberapa bahan lain seperti akar - akar...