Minyak Cenuai Asli Dahulu kala di gunakan sebagai pakaian sama ada lelaki atau perempuan ketika hendak keluar rumah atau di dalam rumah bersama suami dan isteri sebagai langkah untuk pemanis diri dan wajah.
Dengan niat yang baik, bertujuan untuk mengeratkan hubungan suami isteri, menghadirkan rasa tenang dan selesa apabila berhadapan dengan individu yang di kenali atau tidak dikenali melalui penampilan yang harum dan wangi.
Cuba anda bayangkan jika tong sampah berselebahan dengan anda, bau busuk yang menusuk menyebabkan rasa tidak selesa dan tenang.
Pengunaan minyak ini sebagai haruman dan pemanis diri sangat sesuai kerana bau yang terhasil dari haruman ini menyegarkan, menenangkan, dan rasa yang selesa.
Untuk mencapai misi ini, bahan yang di gunakan untuk menghasilkan Minyak Cenuai hendaklah bersih Dan tidak mengandungi bahan seperti tulang haiwan, tulang manusia, darah manusia, bangkai dan bahan lain yang menjijikan.
Selain itu, sebagus bagusnya bahan yang digunakan semuanya semula jadi ( tidak sintetik ) ciptaan Allah yang maha agung lagi maha besar.
Minyak Cenuai Asli 5 ML
Kandungan
Pati minyak Cenuai, pati kasturi kijang Himalaya, pati bunga cempaka, pati bunga sundal malam, pati bunga melur, pati bunga melati, pati cendana australia, kemenyan, myrhh, dan lain lain.
Kegunaan
Keyakinan Diri : Membantu menghilangkan rasa gugup (anxiety) ketika bertemu orang penting.
Pemanis Diri: Menyerlahkan seri wajah dan keterampilan.
Daya Penarik (Attraction): Berbau haruman semerbak dan tahan lama (Peratusan pati wangian tinggi).
Cara Pengunaan
Terdapat Dua cara untuk menggunakan minyak ini.
1. Dipakai Sebagai Minyak Wangi.
Bermula dengan membaca Bismillah Dan selawat 3 kali, calit pada nadi tangan dan ratakan pada bahagian nadi leher , pada bahagian atas badan berbaju atau tidak, kemudian di kedua kening. Kemudian berdoa pada Allah sesuatu yang baik, contoh Ya Allah berilah aku rezeki yang mewah, jodoh yang baik dan perlindungan yang ampuh.
2. Digunakan Sebagai Mandian.
Bahan dalam minyak Cenuai ini terdiri daripada pati bungaan asli yang tidak sintetik yang mengandungi berbagai jenis khasiat.
Tadah air di dalam baldi atau besen, jika di dalam tandas bawa keluar dahulu baldi tersebut
Baca bismillah Dan selawat 3 kali, calit minyak di tapak tangan kanan dengan mengikuti garis pada tapak tangan, celub tangan didalam baldi yang telah di isi tadi baca bismillah Dan selawat 3 kali gaul arah lawan jam 7 pusingan.
Baca bismillah di luar tandas
Mandi di luar tandas dengan bertutup aurat jika mampu, jika tidak mandi di dalam tandas jangan dalam keadaan telanjang, sebagai contoh jika lelaki pakai kain pelikat atau seluar jubah, jika perempuan pakai kain batik.
Jika perlu mandi untuk bersihkan diri sebagai contoh baru pulang dari kerja, mandi bersihkan diri dahulu.
Selesai mandi keluar tandas dahulu jika didalam tandas, baca Bismillah doa dan niat kepada Allah, sebagai contoh, Ya Allah aku bermohon kesembuhan dari Allah, Ya Allah peliharakanlah diri ku, serikanlah diri ku dan wajah ku.
Jangan lap kering air di badan selepas mandi, biarkan kering sendiri.
Waktu yang digalakkan adalah selepas asar, solat asar dahulu lepas tu mandi.
Pada waktu lain pun boleh jika hendak melakukan mandian.
Cara Untuk Membeli
What's App 0133900600
Shopee
Lazada

Tiada ulasan:
Catat Ulasan