Hadis berkaitan kewujudan sihir

 Hadis berkaitan kewujudan sihir :


Abi Musa al Asya'ariy r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda :


لا ىد خل الجنة مدمن خمر ولا مؤمن بسحر ولا قاطع رحم


 Ertinya: " Tidak akan masuk syurga bagi penggemar arak (kaki botol), atau sesiapa yang menyakini keberkesanan sihir, termasuklah juga sesiapa yang memutuskan hubungan sillatur rahim".  


Hadits tersebut bermaksud, tiga golongan yang telah disebutkan itu tidak akan masuk syurga melainkan setelah menerima azab siksa dari Allah S.W.T. dalam neraka selama beberapa waktu yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. disebabkan kemaksiatan dan dosa mereka.


Dari hadis di atas dapatlah difahamkan bahawa Nabi S.A.W.  telah melarang umatnya beritikad (mempercayai) hanya sihir itu sahajalah yang berkuasa dan mampu bertindak memberi kesan negetif atau positif ke atas seseorang. Sebaliknya kepercayaa yang sebenar ialah sihir atau lain-lainya tidak berkesan melainkan dengan izin  Allah S.W.T.  


FirmanNya:


Ertinya: " Sebenarnya mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seseorang  pun kecuali dengan izin Allah ". 

Al Baqarah 102.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Amalan dan usaha yang sesuai untuk merawat dengan berkesan

Untuk merawat perlukan usaha untuk mengecap kesembuhan. Bukan bergantung pada perawat dan bahan rawatan. Amalan yang boleh di amalkan untuk ...

Post Paling Popular