Hadis mengenai kuwujudan jin dan syaitan

 Hadis - Hadis mengenai kewujudan jin dan syaitan :


A'isyah r.a. telah berkata:

" Rasulullah S.A.W. pernah bersabda :


Ertinya: " Para Malaikat dijadikan dari cahaya, para jin pula dijadikan dari nyalaan api manakala Adam pula dijadikan dengan apa yang telah disifatkan kepada kalian semua". Hadis riwayat Imam Ahmad dan Muslim.


Sofiyyah binti Huyyai r.a. telah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda :


Ertinya: "Sesungguhnya syaitan (termaksuklah jin) itu boleh bergerak di dalam tubuh anak - anak Adam (sealiran perjalanan) darah dalam urat- uratnya".

Hadis riwayat al Bukhari dan Muslim.


Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. Telah bersabda:


Ertinya: " Tidak ada seorang pun dari bayi yang lahir melainkan pasti akan dicucuk-cucuk oleh syaitan, sehingga menyebabkan bayi tersebut menangis-nagis (sakit) akibat cucukan syaitan tersebut, cuma anak Maryam (Isa) dan ibunya sahaja yang tidak dapat dicucuk". 

Hadis riwayat al Bukhari dan Muslim. 


Abi Qatadah r.a. juga pernah memceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:


Ertinya: "Mimpi yang baik adalah (pemberian) dari Allah, manakala mimpi yang buruk datangnya dari syaitan. Oleh itu sesiapa yang bermimpi sesuatu yang menggerunkan (yang di benci), maka hendaklah meludah-ludah ke sebelah kirinya sebanyak tiga kali dan seterusnya hendaklah dia membaca ta'wuz ('A'uzubillah...),  kerana sesungguhnya  dengan berta'awwuz itu nescaya dia tidak akan ditimpa apa-apa mudarat ". 

Hadis riwayat al Bukhari dan Muslim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al Hurrun Kasturi Syifa

Minyak Kasturi Kijang Asli 100% Pati Sesuai untuk lelaki dan perempuan sama ada dewasa atau kanak - kanak. Botol besar ada cop halal. Minyak...

Post Paling Popular