Penyakit Al' Ain

Hadis berkaitan penyakit al' ain :

1. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

                                    العين حق

Ertinya : "Al'Ain (penyakit 'Ain) adalah benar " Riwayat al Bukhari dan Muslim

2. A'isyah r.a pula pernah berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :

استعيذوا با الله من العين فإن العين حق

Ertinya: " Mintalah perlindungan dan pertolongan Allah  S.W.T. dari terkena penyakit 'Ain, kerana penyakit itu adalah benar". Riwayat Ibnu Majah dan disahkan oleh al Albaanit dan Sahih al Jaami' (no:951)

3. Ibnu Abbas r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasullah S.A.W. telah bersabda:

العين حق ولو كان شيء سابق القدر لسبقته العين فإذا استغسلتم فا غسلوا

Ertinya: "Penyakit 'Ain adalah benar, Kalaulah ada sesuatu perkara yang mampu mendahului qadar, nescaya akan didahului oleh al 'Ain. Oleh itu, sekiranya kamu diminta agar mandi, maka hendaklah kamu mandi". Riwayat Muslim.

4. Abi Dzar r.a telah berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

ان العين لتولع با لر جل بإ ذن الله حتي يصعد حا لقا فيتر دي منه

Ertinya : "Sesungguhnya penyakit 'Ain, mampu menyebabkan seseorang itu mati dengan izin Allah, sehingga kalau dia berada di puncak yang tinggi boleh menyababkan ia terjatuh ke bawah". Riwayat Imam Ahmad dan Abu Ya'laa, disahkan oleh al Albaaniy dalam sahih al Jaami' (no : 1677)

5. Jabir r.a telah berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

العين تدخل الرجل القبر وتدخل الجمل القدر

Ertinya : "Penyakit 'Ain boleh menyebabkan seseorang itu masuk kubur dan menyebabkan binatang unta masuk dalam periuk". Riwayat abu Nu'aim dan menurut al Albaaniy martabatnya hasan. Lihat Sahih al Jaami' (no : 4023)

Maksud hadis adalah, penyakit ain jika seseorang terkena mengakibatkan dirinya meninggal dunia akhir di semadikan dalam lubang kubur. Jika binatang unta terkena a'in, lama- kelamaan membawa maut juga. Jadi lebih baik sembelih terlebih dahulu binatang tersebut kemudian dimasak dalam periuk.

6. Selanjutnya Jabir r.a. ada juga meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

أكثر من يموت من أمتي بعد قضاء الله وقدره العين

Ertinya: "Mereka yang paling ramai dari kalangan umatku mengalami kematian selain telah diqada'kan oleh Allah S.W.T. ialah mereka yang terkena penyakit 'Ain". Riwayat al Bukhari. Menurut al albaaniy martabat hadis ini sebenarnya hasan. Lihat Sahih al Jaami' (no : 1217)

7. Ibnu Abbas r.a telah berkata bahawa Rasullah S.A.W telah bersabda :

Ertinya : "Penyakit A'in itu adalah benar dan ia boleh menyababkan seseorang yang sedang mendaki bukit boleh jatuh ke bawah". Riwayat Imam Ahmad , at Tabraaniy dan al Haakim, Menurut al Albaaniy martabat hadis in adalah hasan. Lihat silsilah as Sahihah (no:1250)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al Hurrun Kasturi Syifa

Minyak Kasturi Kijang Asli 100% Pati Sesuai untuk lelaki dan perempuan sama ada dewasa atau kanak - kanak. Botol besar ada cop halal. Minyak...

Post Paling Popular