Jaga Kepercayaan Jika Pakai Minyak Cenuai

 

Assalamualaikum,

Jika Ingin guna minyak cenuai.. kepercayaan perlu di jaga... Jgn terlalu obses sehingga mengatakan yang cenuai ni mampu membuat orang menjadi robot... Yang mampu mengawal orang adalah Allah sahaja...

Memang mustahil berjaya jika Allah Tidak izinkan...ingatlah Allah yang maha berkuasa lagi Maha Kaya.

Konsep kepercayaan yang insya Allah tidak syirik jika menggunakan cenuai ini ialah :

1. Pegang kepada kepercayaan bahawa Allah yang menentukan minyak hanya sebagai cara ikhtiar....

2. Cenuai tidak mampu membuatkan anda kaya semata - mata hanya kerana pakai cenuai. Anda bukan pakai dan tunggu. Tetapi pakai dan pergi usaha mencari jualan, seperti buka kedai, posting menarik, mempromosikan dengan teknik yang betul. Bukan pakai dan duduk diam kemudian mengharapakan anda kaya.

3. Bila berjaya panjatkan syukur kepada Allah. Bukan cenuai beri anda jodoh dan duit, akan tetapi Allah yang memberi anda rezeki dan jodoh.

4. Allah lah yang maha Agung lagi maha berkuasa, yang akan menentukan sesuatu usaha itu berjaya atau tidak.

5. Jika menjadi kaya raya ingatlah.. Anda Kaya Pasal Allah tentukan anda kaya.

6. Ingatlah jodoh Allah Yang tentukan dan Allah yang menyembuhkan.

7. Yang berkuasa Allah. Cenuai tidak dapat mendatangkan sesuatu keuntungan dan memudaratkan tanpa izin Allah.

8. Cenuai tidak mampu membuat anda kaya, Allah yang mampu membuat anda kaya.

9. Cenuai tidak mampu membuat anda berkahwin, dan jumpa jodoh. Allah Yang mampu membuat anda berkahwin dan jumpa dengan jodoh anda. Jodoh Allah yang tentukan.

10. Pakai wangian memang ada cerita dalam hadis, wangian yang halal dan bersih seperti kasturi kijang, oud, rose, dan anbar banyak khasiatnya. Nabi Muhammad pun suka pakai wangian.

11. Cenuai ni cara ikhtiar sahaja, seperti kemunting hitam, teras gemunggal, hal ini kalau mintak pembuktian seperti ujian makmal untuk membuktikan yang cenuai berkesan untuk merawat sihir, atau hal - hal ghaib memang saya tidak boleh lampirkan , kerana Hal - Hal ghaib hanya Allah dan Rasul yang Allah inginkan sahaja  nampak, jadi nak buat kajian memang tidak lepas. Jadi nak kaji jin lari atau tidak memang saya tidak berkemampuan.

12. Jangan percaya yang minyak cenuai comfirm jadi atau pasti berjaya. Set minda minyak cenuai insya Allah berjaya.

13. Percaya yang pembuat minyak tidak berkuasa, Allah yang berkuasa..Allah yang kuat pembuat minyak tidak kuat, pembuat minyak tidak mampu berbuat sesuatu tanpa izin Allah.

14. Kalau minyak yang saya buat, Saya hanya hasilkan minyak dengan sedaya upaya menjaga cara bacaan al - Quran sehabis mampu, menjaga tajwid, menjaga makhraj, menjaga adabnya dan menjaga tertib. Menjaga kerbersihan, dan memastikan keasliannya.

15. Syaitan,jin dan iblis tidak gerun pada minyak cenuai , cenuai dan bulu perindu, akan tetapi mereka gerun dengan manusia yang taat pada Allah bedasarkan cerita imam Ahmad bin Hanbal yang hanya memberi sandal dan menyuruh Al-Mutawakkil berkatakan kepada jin di dalam tubuh hamba si Mutawakkil " Mana yang kamu pilih keluar dari tubuh hamba sahaya atau dipukul 70 kali dengan sandal ini"?
Dan jin itu pilih untuk keluar dari tubuh hamba sahaya itu.

16. Jika menggunakan cenuai dan pernigaan jadi laris, jualan meningkat, ingatlah sebenarnya Allah yang melariskan, bukan minyak cenuai atau cenuai.

Kesimpulanya, jangan lah melakukan perbuatan syirik, kerana syirik mengundang azab yang pedih dan bala dari Allah.

Ingat... Minyak cenuai hanya cara ikhtiar sahaja...

#cenuai #minyakcenuai #buluperindu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al Hurrun Kasturi Syifa

Minyak Kasturi Kijang Asli 100% Pati Sesuai untuk lelaki dan perempuan sama ada dewasa atau kanak - kanak. Botol besar ada cop halal. Minyak...

Post Paling Popular