Perbezaan Di Antara Penyakit Al A'in Dan Sihir

Perbezaan A'in Dengan Sihir

1. Semua manusia yang menyebabkan A'in termasuk dalam istilah penyihir. Tidak semua penyihir menjadi punca A'in.

2. Sihir tercetus kerana kejahatan seseorang yang marah, dengki, atau mengimpikan kejayaan, tetapi A'in boleh berlaku kerana perasaan ta'ajjub.

3. A'in terjadi ketika panahan mata, tanpa sengaja dan tanpa di sedari tidak semena - menanya manakala sihir , tukang sihirnya membuat perancangan dahulu sebelum sihir dikenakan.

4. Kedua - duanya memudaratkan mangsa bezanya ialah punca. Punca A'in ialah keburukan pandangan mata dan ada juga dari rasa ta'ajjub apabila melihat harta benda, binatang, tumbuhan, barang. A'in juga boleh berlaku kerana pandangan matanya sendiri. Sihir pula dari impian mahu menjatuhkan, hati marah dan merampas kebahagian mangsa.

5. Manusia tidak menyihir diri sendiri dan harta benda tetapi A'in boleh berlaku pada diri sendiri dan harta benda sendiri.

6. Ain boleh berpunca dari orang yang soleh apabila mereka berasa ta'ajjub tanpa sengaja dan tanpa niat tetapi sihir belaku puncanya dari perbuatan dari manusia yang jahat dan zalim.

Kesimpulannya 

Sunat apabila seseorang merasa ta'ajjub  melihat sesuatu, memanjatkan doa keberkatannya kepada Allah sama ada kaitannya diri sendiri atau pun orang lain

Hadis Sahl ibnu Hunaif, Sabda Rasulullah :

Ertinya: " Ingatlah, hendaklah engkau doakan dengan doa keberkatan kepadanya". 

Doa inilah yang menjadi penghalang penyakit ain.

Riwayat Imam Ahmad, an Nasaa'ie dan Ibnu Majah. Disahkan oleh al Albaaniy dalam Sahih al Jaami' (3908)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al Hurrun Kasturi Syifa

Minyak Kasturi Kijang Asli 100% Pati Sesuai untuk lelaki dan perempuan sama ada dewasa atau kanak - kanak. Botol besar ada cop halal. Minyak...

Post Paling Popular